Saturday, 22 March 2014

Kenapa Perlu Simpan Emas

Emas Dan Islam

Emas merupakan penyimpan nilai yang baik dan stabil. Walaupun berlaku turun naik harga emas ianya masih lagi Berjaya mengekalkan antara logam yang paling bernilai di dunia. Sebagai muslim Emas banyak kali di sebut dalam Al Quran dan setiap perkara yang terdapat dalam Al Quran adalah sangat penting dan memerlukan penghayatan yang lebih untuk kita mendapatkan ilmu yang tersurat dan tersirat.
http://bit.ly/emasdidalamquran


Lambang Emas




Emas sinonim dengan lambang kekayaan, kekuasaan, kecantikan, dan kejayaan. Emas juga dikaitkan dengan salah satu punca zakat yang perlu disempurnakan oleh umat Islam. Pernahkah kita berfikir sejenak kenapa emas dan perak dikenakan zakat? Kenapa tidak benda lain, kenapa tiada zakat kenderaan, zakat rumah dan lain-lain. Yang Jelas Zakat dikenakan ke atas sesuatu yang boleh berkembang dari sudut kuantiti dan nilai. Antaranya zakat pertanian. dari sebiji benih berkembang kepada beberapa tangkai dan dari tangkai tersebut keluar beratus-ratus hasil yang baru. Sudah tentu nilainya juga akan berkembang. Begitu juga emas. Iaya amat bernilai walaupun dalam jumlah sedikit. Berbeza dengan pertanian, emas tidak berkembang melalui tangkai-tangkai. Namun 1 gram emas 10 tahun dahulu jauh lebih murah dari 1 gram sekarang. Ada penambahan nilai di situ.

Kisah Emas dan Kambing

Mungkin ramai yg telah mengetahui kisah ini tetapi tidak salah untuk mengulanginya. Jika zaman Nabi dahulu seekor kambing harganya adalah 1 dinar dan ketika ini pun harga seekor kambing masih lagi 1 dinar. Tak percaya? lihat nilai 1 dinar sekarang sekitar RM 600 harga kambing pun masih lagi dalam lingkungan tersebut. Nilai masih tak berubah walaupun perbezaan tempoh masa melebihi 1400 tahun. Berbeza dgn duit yg kalau 10 tahun dulu kita hanya diberikan 50 sen (5 kupang) untuk ke sekolah. Tetapi sekarang kita berikan kepada anak anak kita tidak kurang dari Rm 2. Kalau bagi 5 kupang alamak gastrik la anak kita. Apa yang boleh di beli dengan 50 sen. Itu baru 10 tahun. Cuba bayangkan 10 tahun akan datang berapa nilai wang kertas kita sekarang.


Simpan Wang Makin Miskin

Maka, dari contoh di atas gambaran jelas menunjukkan nilai wang kertas (wang fiat) akan mengecil kerana disebabkan banyak faktor. Sebalikknya dengan mengambil langkah bijak menukarkan bentuk kekayaan anda kepada emas fizikal anda akan bukan sahaja dapat mengekalkan kekayaan tetapi akan melipatgandakan kekayaan anda dengan peningkatan nilai emas yg anda simpan walaupun dalam jumlah kuantiti yang sama. Dengan kata lain100 gram emas yang sekarang akan bernilai berlipat kali ganda selepas 10 tahun berikutnya.


Nilai Emas Dijangka Meningkat



Emas hanya untuk perhiasan wanita 

Itu lah ungkapan yg selalunya keluar dari mulut lelaki termasuk saya sebelum ini. Bagi wanita, emas memang menjadi impian dan igauan mereka sejak sekian lama. Namun dengan pemahaman dan ilmu berkenaan emas rupanya banyak perkara yg tersembunyi yg boleh dieksploitasi untuk kepentingan pemiliknya. Bagai mana? Saya akan huraikan dalam topik berikutnya. Namun langkah pertama yg anda perlu diambil ialah Beli emas, pegang dan dengar naluri semula jadi berkata dan berbisik untuk menambah lagi koleksi emas yg kita miliki. Jadi apa tunggu lagi.